Ahad, 5 Februari 2012











Pada tarikh 5 Februari 2012 yang juga bersamaan dengan 12 Rabiulawal ,semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan  sambutan Maulidur Rasul.Sambutan Maulidur Rasul ini disambut bersempena dengan hari keputeraan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Pelbagai acara akan diadakan sempena Maulidur Rasul.Antaranya ialah acara perarakan,ceramah dan sebagainya.Selain itu,pelajar sekolah rendah dan menengah juga akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Maulidur Rasul.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.w.t. kurniakan kepada sesiapa sahaja yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ini. 

Kita semua dapat melihat akan betapa besar kelebihan bagi merekanyang mengadakan seterusnya memuliakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini.Keberkatan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan sambutan ini tetapi juga kepada ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat  itu.




Dipetik dan diubahsuai dari Wikipidea.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 

1 ulasan:

Rose Johari berkata...

Salam Maulidur Rasul