Jumaat, 27 Januari 2012





Dewa POSTER 5.png

Saksikan sinetron Indonesia terbaru yang berjudul "Dewa" hanya di saluran Pelangi 142 dalam pakej  Indo Pek setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2 petang.Sinetron ini juga turut dibintangi oleh beberapa orang pelakon yang tersohor seperti Naysilla Mirdad,Dude Harlino,Aura Kasih,Baim Wong ,Ariffin Putra dan ramai lagi.


SINOPSIS CERITA:

Dewa , adalah seorang gadis tomboi yang  dibesarkan seperti anak  lelaki oleh kedua orang tua angkatnya, Gita dan Ruslan . Manakala, Diandra kakak angkatnya merupakan wanita yang bersifat lebih feminin dan lemah lembut berbanding dia.
Dewa yang sebenarnya bernama Kania telah menjadi sebahagian  dari keluarga Ruslan dan Gita semenjak pasangan itu kehilangan anak lelakinya yang bernama Dewa. Oleh kerana Dewa ditinggalkan oleh  ayah kandungnya iaitu Edi, Dewa pun tidak berkeberatan untuk dipanggil Dewa.Dewa juga tidak menolak untuk dididik serta didandani seperti lelaki. 
Sedangkan kakak angkatnya Diandra lebih beruntung kerana dia hanya perlu menjadi dirinya sendiri, oleh kerana itu dia telah membesar dengan menjadi seorang gadis yang bersifat feminin dan juga patuh pada kedua orang tuanya.
Oleh kerana Diandra sangat patuh dengan kedua orang tuanya ,dia pun dengan senang hati menerima permintaan   ayahnya untuk bertunang dengan Yudha ,seorang pengusaha tampan anak rakan usaha Ruslan, walaupun hatinya lebih tertumpu kepada seorang pria yang bernama Tama  yang juga merupakan adik kepadaYudha.
Ternyata dalam diam  Dewa juga menyimpan perasaan yang sama kepada Tama, kerana sikap Tama yang selalu menghiburnya dikala Dewa merasa sedih kerana teringat akan ayah kandungnya yang telah meninggalkannya. Sedangkan Tama yang hati yang terlanjur suka kepada Diandra yang tidak menyedari hal itu.
Teman yang selalu setia mendampingi Dewa di kala sepi dan sedih adalah Sakti , teman masa kecilnya yang tak lain adalah pemandu keluarganya. Mereka hidup bersama-sama dari kecil. Tanpa pengetahuan Dewa,ternyata Sakti sangat menyayangi Dewa, tetapi disebabkan oleh  statusnya yang hanya merupakan seorang pemandu, dia pun tidak dapat berharap banyak.Dengan hanya selalu berada di samping Dewa dan dapat menjaga Dewa ,ianya merupakan suatu kebahagiaan yang luar biasa bagi Sakti.
Tetapi lama kelamaan, sifat Sakti telah membuat Dewa merasa dia adalah wanita yang istimewa, bukan wanita tomboy dan yang selama ini orang lihat. Namun, Dewa juga tidak dapat memungkiri bahawa dirinya sangat mencintai Tama.
Bagaimanakah kelanjutan kisah kehidupan Dewa?

Tiada ulasan: