Khamis, 23 Februari 2012

SINETRON KEMILAU CINTA KAMILA 2:BERKAH RAMADHAN




Saksikan sinetron Kemilau Cinta Kamila yang kedua hanya di saluran 142 Pelangi dalam saluran Indo
Pek.

PLOT CERITA:

Kamila berasa begitu gembira kerana akhirnya dia boleh  mengandungkan anak  Fadil. Kerana sebelum itu  Fadil dinyatakan bahawa dia diserang penyakit infertile atau lebih dikenali sebagai mandul, Kamila pun secara diam-diam memeriksakan kondisinya ke rumah sakit bersama Nek Suci .
Di rhospital, doktor mengatakan bahawa Kamila benar-benar hamil, namun embrio di dalam rahimnya sangat lemah dan berupaya untuk mengalami keguguran dalam trimester pertama. Di satu sisi Kamila sangat senang akan berita kehamilannya, tetapi di sisi lain ia juga tidak berani mengatakan kondisinya pada Fadil dan keluarganya, kerana takut mereka kecewa.
Sesampainya di rumah,Fadil memberitahu Kamila bahawa dia akan pergi ke Sulawesi selama 2 minggu kerana dia telah diberi tugasan.
Menjelang hari kepulangan Fadil,Kamila dan keluarga sangat terkejut apabila mendapat khabar bahawa hotel tempat Fadil menginap telah dibom & Fadil merupakan salah satu daripada korbannya.Taufan orang satu satunya yang tau tentang keadaan kehamilannya meminta Kamila untuk bersabar manakala Taufan pula menawarkan diri untuk mencari Fadil.
Sementara Edo yang masih mencintai Kamila berasa sangat cemburu melihat kedekatan Taufan dengan Kamila.Dalam kesempatan itu juga,Edo sempat memujuk Kamila agar sudi menikahinya.Niat Edo semakin menggebu apabila mengetahui bahawa Kaffa menghidap penyakit leukimia.Kamila begitu shock apabila doktor menyatakan bahawa satu satunya cara untuk menyembuhkan penyakit hanyalah dengan mempunyai anak lagi bersama dengan Edo.

ADAKAH KAMILA AKAN MENIKAHI EDO?DAN DAPATKAH KAFFA SEMBUH?

Dapatkan jawapan hanya di dalam sinetron Kemilau Cinta Kamila2:Berkah Ramadhan



Dipetik dan diubah suai daripada:Wikipidea Kemilau Cinta Kamila

Tiada ulasan: