Sabtu, 25 Februari 2012

AYAH PIN

Ariffin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan pengasas utama ajaran sesat iaitu Kerajaan Langit (Sky Kingdom).Ajaran ini berasal dari Kampung Batu 13,Hulu Besut Terengganu.Ayah Pin mempunyai pengikut atau anak buah yang begitu ramai.Pengikut pengikutnya ini telah menganggap Ayah Pin sebagai "Tuhan" mereka yang telah menerima wahyu dari kerajaan langit dan segala yang dilakukan olehnya adalah berdasarkan dari wahyu tersebut.

Oleh kerana kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat tersebut,semakin ramai orang tempatan malahan dari luar negara yang berlainan agama turut mempercayai serta mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit .Bukan itu sahaja Ayah Pin juga telah berjaya memperbudakkan,memperalatkan dan seterusnya mempengaruhi fikiran seluruh lapisan masyarakat dan tidak terkecuali juga beberapa artis tempatan.

Ayah Pin ini boleh dikatakan sebagai orang yang tidak cerdik ataupun pandai,malah beliau juga buta huruf.Dengan bantuan pengikut-pengikutnya,beliau telah membangunkan kawasan kerajaan langit dengan teko,pasu dan beberapa lagi replika besar sebagai lambang kuasa Tuhan yang telah diberikan untuknya.

Selepas sedekad giat dengan ajaran sesatnya,akhirnya ajaran yang telah membuatkan orang terpesong dari ajaran yang sepatutnya telah dapat dihidu oleh pihak kuasa dan juga jabatan agama.Pengikut Ayah Pin juga turut ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah.Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan.Ayah Pin pula membuat pengakuan bahawa dia tidak boleh dianggap ajaran sesat kerana beliau telah keluar dari agama Islam sejak tahun 1998 lagi.

Setelah pihak yang berkuasa membuat serbuan terhadap beliau,dia bersama sama dengan empat orang isterinya menghilangkan diri dari kampung tersebut.Sampai sekarang,Ayah Pin masih belum ditemui tetapi ada yang mengatakan beliu telah melarikan diri ke Thailand dan beberapa lagi pendapat yang lainnya.

Kepada semua umat Islam,jauhkanlah diri anda daripada mengikuti ajaran sesat kerana ianya dapat merosakkan akidah kita.Kita juga haruslah rajin meminta pertolongan dari ALLAH agar kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang dapat mendorong kita mengikuti ajaran sesat.


Dipetik dan diubah suai dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariffin_Mohamad

Khamis, 23 Februari 2012

SINETRON KEMILAU CINTA KAMILA 2:BERKAH RAMADHAN




Saksikan sinetron Kemilau Cinta Kamila yang kedua hanya di saluran 142 Pelangi dalam saluran Indo
Pek.

PLOT CERITA:

Kamila berasa begitu gembira kerana akhirnya dia boleh  mengandungkan anak  Fadil. Kerana sebelum itu  Fadil dinyatakan bahawa dia diserang penyakit infertile atau lebih dikenali sebagai mandul, Kamila pun secara diam-diam memeriksakan kondisinya ke rumah sakit bersama Nek Suci .
Di rhospital, doktor mengatakan bahawa Kamila benar-benar hamil, namun embrio di dalam rahimnya sangat lemah dan berupaya untuk mengalami keguguran dalam trimester pertama. Di satu sisi Kamila sangat senang akan berita kehamilannya, tetapi di sisi lain ia juga tidak berani mengatakan kondisinya pada Fadil dan keluarganya, kerana takut mereka kecewa.
Sesampainya di rumah,Fadil memberitahu Kamila bahawa dia akan pergi ke Sulawesi selama 2 minggu kerana dia telah diberi tugasan.
Menjelang hari kepulangan Fadil,Kamila dan keluarga sangat terkejut apabila mendapat khabar bahawa hotel tempat Fadil menginap telah dibom & Fadil merupakan salah satu daripada korbannya.Taufan orang satu satunya yang tau tentang keadaan kehamilannya meminta Kamila untuk bersabar manakala Taufan pula menawarkan diri untuk mencari Fadil.
Sementara Edo yang masih mencintai Kamila berasa sangat cemburu melihat kedekatan Taufan dengan Kamila.Dalam kesempatan itu juga,Edo sempat memujuk Kamila agar sudi menikahinya.Niat Edo semakin menggebu apabila mengetahui bahawa Kaffa menghidap penyakit leukimia.Kamila begitu shock apabila doktor menyatakan bahawa satu satunya cara untuk menyembuhkan penyakit hanyalah dengan mempunyai anak lagi bersama dengan Edo.

ADAKAH KAMILA AKAN MENIKAHI EDO?DAN DAPATKAH KAFFA SEMBUH?

Dapatkan jawapan hanya di dalam sinetron Kemilau Cinta Kamila2:Berkah Ramadhan



Dipetik dan diubah suai daripada:Wikipidea Kemilau Cinta Kamila

Sabtu, 18 Februari 2012



VIDEO LAGU SNSD-"THE BOYS"



Kepada semua fans Girls Generation,kini Girls Generation kembali dengan hits terbaru yang berjudul "The Boys".Mesti ramai peminat SNSD {Girls Generation} yang tertanya-tanya kenapa judulnya seperti itu.Kalau mau tahu,jom saksikan video "The Boys" ini bersama-sama.

Ahad, 5 Februari 2012


VIDEO LAGU SUPER JUNIOR MR.SIMPLE

SUPER JUNIOR.Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan K-Pop yang sudah terkenal di serata Asia dengan hits pertama mereka yang berjudul "Sorry Sorry".Kini mereka muncul kembali dengan sebuah lagi lagu yang tidak asing lagi di telinga para peminat K-Pop.Lagu ini berjudul "Mr.Simple".Saksikanlah video lagu "Mr.Simple" di bawah ini.




VIDEO LAGU SNSD-MR TAXI


SNSD atau lebih dikenali dengan nama Girls Generation yang mempunyai sebanyak 9 orang ahli telah meletupkan sebuah lagi lagu yang berjudul Mr.Taxi.Saksikanlah video lagu Mr.Taxi yang pasti membuatkan anda berdiri & menari .



















Pada tarikh 5 Februari 2012 yang juga bersamaan dengan 12 Rabiulawal ,semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan  sambutan Maulidur Rasul.Sambutan Maulidur Rasul ini disambut bersempena dengan hari keputeraan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Pelbagai acara akan diadakan sempena Maulidur Rasul.Antaranya ialah acara perarakan,ceramah dan sebagainya.Selain itu,pelajar sekolah rendah dan menengah juga akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Maulidur Rasul.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.w.t. kurniakan kepada sesiapa sahaja yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ini. 

Kita semua dapat melihat akan betapa besar kelebihan bagi merekanyang mengadakan seterusnya memuliakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini.Keberkatan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan sambutan ini tetapi juga kepada ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat  itu.




Dipetik dan diubahsuai dari Wikipidea.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL