Sabtu, 25 Februari 2012

AYAH PIN

Ariffin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan pengasas utama ajaran sesat iaitu Kerajaan Langit (Sky Kingdom).Ajaran ini berasal dari Kampung Batu 13,Hulu Besut Terengganu.Ayah Pin mempunyai pengikut atau anak buah yang begitu ramai.Pengikut pengikutnya ini telah menganggap Ayah Pin sebagai "Tuhan" mereka yang telah menerima wahyu dari kerajaan langit dan segala yang dilakukan olehnya adalah berdasarkan dari wahyu tersebut.

Oleh kerana kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat tersebut,semakin ramai orang tempatan malahan dari luar negara yang berlainan agama turut mempercayai serta mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit .Bukan itu sahaja Ayah Pin juga telah berjaya memperbudakkan,memperalatkan dan seterusnya mempengaruhi fikiran seluruh lapisan masyarakat dan tidak terkecuali juga beberapa artis tempatan.

Ayah Pin ini boleh dikatakan sebagai orang yang tidak cerdik ataupun pandai,malah beliau juga buta huruf.Dengan bantuan pengikut-pengikutnya,beliau telah membangunkan kawasan kerajaan langit dengan teko,pasu dan beberapa lagi replika besar sebagai lambang kuasa Tuhan yang telah diberikan untuknya.

Selepas sedekad giat dengan ajaran sesatnya,akhirnya ajaran yang telah membuatkan orang terpesong dari ajaran yang sepatutnya telah dapat dihidu oleh pihak kuasa dan juga jabatan agama.Pengikut Ayah Pin juga turut ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah.Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan.Ayah Pin pula membuat pengakuan bahawa dia tidak boleh dianggap ajaran sesat kerana beliau telah keluar dari agama Islam sejak tahun 1998 lagi.

Setelah pihak yang berkuasa membuat serbuan terhadap beliau,dia bersama sama dengan empat orang isterinya menghilangkan diri dari kampung tersebut.Sampai sekarang,Ayah Pin masih belum ditemui tetapi ada yang mengatakan beliu telah melarikan diri ke Thailand dan beberapa lagi pendapat yang lainnya.

Kepada semua umat Islam,jauhkanlah diri anda daripada mengikuti ajaran sesat kerana ianya dapat merosakkan akidah kita.Kita juga haruslah rajin meminta pertolongan dari ALLAH agar kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang dapat mendorong kita mengikuti ajaran sesat.


Dipetik dan diubah suai dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariffin_Mohamad

Tiada ulasan: